Tuesday, 4 June 2013

Sejenak Rasa . .

Hai apa khabar sahabat-sahabat blogger...rasa sangat lama tidak menaip menceritakan tentang kehidupan. Apa ya "Sejenak Rasa" ?? Sebenarnya tentang perasaan yang merasakan sungguh cepat/pantas masa berlalu. Kini saya sudah tamat pengajian sebagai Student Diploma. Alhamdulillah syukur kepada-Nya. Kiranya azam yang ke-4 dah berjaya dan menunggu masa untuk Konvokesyen. Apa pun terima kasih kepada mak dan abah serta keluarga dan yang teristimewa. Okay lepas ini, 3Julai saya akan menghadapi peperiksaan MUET (Speaking) dan saya salah seorang calon JULAI di Politeknik Port Dickson. Lepas tu berjaya sudah azam yang ke-2. Minta-minta dipermudahkan, Insyallah. Tak sangka sekarang dah mula masuk ke tahap ke-3 iaitu ALAM PEKERJAAN..Sememangnya sukar untuk memenuhi kehendak seseorang. Tak semestinya apa yang dipinta akan dapat. Dalam hati, payah juga mencari kerja bersesuaian. Apa pun USAHA TANGGA KEJAYAAN. Hadapi dengan tenang dan sabar..Cepatnya masa berlalu. Lepas ni berbakti kepada orang tua ku... Yang ada rancangan mendirikan rumahtangga tu teruskan, perkara yang baik jangan dilengahkan. Ehh, tiba-tiba cakap pasal kahwin nih. Amboiii, apapun saya lambat lagi. Tahniah kepada sahabat yang sedang berbahagia melayari bahtera rumahtangga. Bahagia dengan kehidupan sekarang yang lebih tenang. Alhamdulillah..

Do I Know You?? Whatever