Thursday, 8 August 2013

Bersarang : Raya Sudah !

Hai semua, kejap je rasa dah masuk 1Syawal. Cepat je masa berlalu kan, rasa rugi tak buat ibadah banyak banyak di bulan Ramadhan. Seriusly, blog dah bersarang dah. Lama tak update. Padahal duduk rumah je. Okay, lepas seminggu raya aku dah mula kerja, so jangan tanya kerja apa. Yang penting halal. Lagipun part time je saja cari duit sikit sementara tunggu konvokesyen. Sebut konvokesyen, alahaiii lama je rasa nak tunggu 'Hari Jubah' tu. Tak apalah, tak lama je lagi tu. Rindu sangat dekat budak kelas, bila la dapat jumpa lagi kan.. Tak ada apa nak share rasanya, cukuplah tu sahaja. Okay, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 :) Senyum Sokmo deh !

1 Syawal <3

Tuesday, 4 June 2013

Sejenak Rasa . .

Hai apa khabar sahabat-sahabat blogger...rasa sangat lama tidak menaip menceritakan tentang kehidupan. Apa ya "Sejenak Rasa" ?? Sebenarnya tentang perasaan yang merasakan sungguh cepat/pantas masa berlalu. Kini saya sudah tamat pengajian sebagai Student Diploma. Alhamdulillah syukur kepada-Nya. Kiranya azam yang ke-4 dah berjaya dan menunggu masa untuk Konvokesyen. Apa pun terima kasih kepada mak dan abah serta keluarga dan yang teristimewa. Okay lepas ini, 3Julai saya akan menghadapi peperiksaan MUET (Speaking) dan saya salah seorang calon JULAI di Politeknik Port Dickson. Lepas tu berjaya sudah azam yang ke-2. Minta-minta dipermudahkan, Insyallah. Tak sangka sekarang dah mula masuk ke tahap ke-3 iaitu ALAM PEKERJAAN..Sememangnya sukar untuk memenuhi kehendak seseorang. Tak semestinya apa yang dipinta akan dapat. Dalam hati, payah juga mencari kerja bersesuaian. Apa pun USAHA TANGGA KEJAYAAN. Hadapi dengan tenang dan sabar..Cepatnya masa berlalu. Lepas ni berbakti kepada orang tua ku... Yang ada rancangan mendirikan rumahtangga tu teruskan, perkara yang baik jangan dilengahkan. Ehh, tiba-tiba cakap pasal kahwin nih. Amboiii, apapun saya lambat lagi. Tahniah kepada sahabat yang sedang berbahagia melayari bahtera rumahtangga. Bahagia dengan kehidupan sekarang yang lebih tenang. Alhamdulillah..

Do I Know You?? Whatever

Friday, 1 February 2013

February . .

Hai semua . .
Hari pertama dalam bulan februari 2013. Salam Jumaat semua...woot,woot dah masuk bulan ke-2 dah..cepatnya masa berlalu kan. Tamatlah minggu ke-7 saya menjalani latihan industri..tinggal lagi 13minggu sahaja untuk saya menamatkan pengajian sebagai STUDENT DIPLOMA...

Welcome FEBRUARY!!
haiiiii..tiba-tiba teringat dekat kawan saya seorang ni..saya jumpa dia masa nak ambil kad siswa hari yang lepas..dia sedih saya nak balik,pengenalan kami walaupun singkat, kami gembira sangat....rindu juga pada housemate yang tersayang..macam mana la korang semua yer... :)


My HOUSEMATE. imyall <3


my BESTFRIEND not BOYFRIEND . .


Last wishes for February, harapkan hari-hari bahagia saya bersama keluarga tersayang dan bekerja bersungguh-sungguh. *walaupun tak dapat alaun..Okay semua...selamat menjalani hari-hari indah.harapkan hari esok lebih baik daripada ini...

Thursday, 3 January 2013

Tahun Baru Sudah 2013!!

Hai semua, dalam tak sedar dah tiga (3) hari dah masuk ke tahun baru 2013. Serius tak perasan dah masuk tahun baru. Start 17haribulan Disember, aku dah mula start praktikal. Alhamdulillah, lepas juga aku untuk menjalani Latihan Industri untuk semester terakhir ni walaupun pointer tak memuaskan. Apa-apa pun aku bersyukur kepada-Nya. Apa ya azam aku untuk tahun ni?? Selamat Tahun Baru 2013 semua...


  • Lesen kereta (walaupun tak berapa mahir)
  • Ambil MUET (ada rezeki sambung DEGREE)
  • Simpan duit (untuk masa depan taw)
  • Tamat pengajian (done for Diploma)
  • Merajuk (tak nak jadi orang yang kuat merajuk)
  • Kuat Semangat (nak jadi orang yang kuat semangat)
  • Rajin (sentiasa rajin)
  • Ada banyak lagilah..........tak terfikir lagi.