Tuesday, 21 June 2011

perlu ke sifat marah..??

entah tiba2 je nak buat tjuk ni,yela kan sebab baru lepas kene marah...
apa ye erti marah???Marah itu adalah satu perubahan sikap yang terhasil ketika menggelegaknya darah di dalam hati untuk menghasilkan kelegaan dalam dada.Marah memberi erti juga, menghendaki kemudharatan kepada orang yang dimarahi. Maka lawan marah itu ialah redha..
banyak yang berkait bila marah


sifat marah boleh menyebabkan bnyak pekara seperti geram,radang,makian,kemurkaan dan lain2.Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan sifat marah itu dari api dan menjadikannya sebagai salah satu tabiat bagi manusia. Apabila terhalang salah satu hajat atau maksud seseorang, nescaya menyalalah api kemarahannya yang menjadikan darah hatinya mendidih lalu mengalir kepada saraf dan menggelegak ke bahagian sebelah atas badannya sebagaimana menggelegaknya api dan sebagaimana menggelegaknya air yang dipanaskan di dalam periuk.Lalu muka dan matanya menjadi merah, sementara di sebalik kulitnya membayangkan warna merah. 


marah tu kan amalan syaitan


bila kita marah,mesti ada cara kan nak mengawalnya...ambil skit tip ni ye..!!buat panduan.
  1. Mengucapkan:Aaudzu billahi minasy syaithoonir rajeem– Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
  2. Diam atau tidak berbicara.
  3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
  4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah

ni ada sikit pesanan,
Nabi SAW bersabda maksudnya :

"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam"
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

ni je yang saya boleh kongsi kan...kalau rajin bacalah hasil tangan saya yang tak seberapa ni.terima kasih daun keladi,nanti kalau rajin saya update lagi.


4 comments:

  1. wink2 xperlu ade sifat marah ney.sbb awan syaitan ;0

    ReplyDelete
  2. huhu,yer...so,jgn mara2 nanty cpt tua.hukhuk

    ReplyDelete
  3. xmarah eh,suka sgt....haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Komen Anda.
1 Komen anda amat bermakna.