Tuesday, 28 June 2011

aku dah ready ker..??


huh...aku da ready ke??agak2 ready pe ek..ready nak kahwin ke??hahha jgn pk jauh2 okey...hehehe 5/7/11 aku dah kne daftar untuk sem3...huh,rasa cepat je aku dah sem3.aku dah la tak prepare pape pun tuk balik sana..hari jumaat ni aku dah gerak balik kg dekat Manjung,Perak..rasa berat je na tinggal an PD nih..haha,jelez la bab ada poli lain dftar lambat..tak palah,kali ni untuk sem3 nih banyak betul harapan n azam aku...hehe aku nak naikkan pointer aku yang tak seberapa tu.huh aku kene rajin2 la belajar an..macam tak percaya je lagi berapa hari lagi aku nak balik kulim...adakah aku bermimpi??i want back to yesterday...haha,aku akan cuba wat yang terbaik tuk sem3 ni dan sem-sem yang akan datang jgk..korang pun sama taw,belajar rajin2...hahaha

Saturday, 25 June 2011

sepetang sijiwang...

haa....kita layan lirik jiwang2 ye ptg2 nih..huh




Setiap nafas yang dihembus olehku,setiap degupan jantungku,aku selalu memikirkanmu tanpa memikirkan diriku
dalam sedar aku dibuai angan,dalam tidur dan khayalan,aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang,barulah terasa ku bernyawa
Kasihku,bertapa aku amat mencintai kamu,kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala driku penuh ketakutan dengan badai kehidupan aku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia asal masih adanya kamu..

Thursday, 23 June 2011

nape aku cepat terasa...??

huh,hari ni nak tulis entry ni plak...tentang aku yang aku sendiri tak tahu.kenapa ye aku ni cepat sangat terasa???i mean touching...huh,aku dari sekolah menengah lagi budak2 yang kenal aku lagi2 classmate aku gelarkan aku budak kuat touching...huh,tapi nape aku cepat sgt terasa???aku ni suka pendam dalam hati ke....herm,kadang2 aku sendiri pun tak faham perangai aku.mungkin hati aku lembut sangat dan sampai 1 masa tu,org ckap dengan aku,tiba2 aku menangis...huh,aku tak boleh nak kawal perasaan aku,lagi2 kalau perkara tu aku dah simpan lama dalam hati....Allah je yang tahu,bertapa pilu hati aku..

Tuesday, 21 June 2011

perlu ke sifat marah..??

entah tiba2 je nak buat tjuk ni,yela kan sebab baru lepas kene marah...
apa ye erti marah???Marah itu adalah satu perubahan sikap yang terhasil ketika menggelegaknya darah di dalam hati untuk menghasilkan kelegaan dalam dada.Marah memberi erti juga, menghendaki kemudharatan kepada orang yang dimarahi. Maka lawan marah itu ialah redha..
banyak yang berkait bila marah


sifat marah boleh menyebabkan bnyak pekara seperti geram,radang,makian,kemurkaan dan lain2.Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan sifat marah itu dari api dan menjadikannya sebagai salah satu tabiat bagi manusia. Apabila terhalang salah satu hajat atau maksud seseorang, nescaya menyalalah api kemarahannya yang menjadikan darah hatinya mendidih lalu mengalir kepada saraf dan menggelegak ke bahagian sebelah atas badannya sebagaimana menggelegaknya api dan sebagaimana menggelegaknya air yang dipanaskan di dalam periuk.Lalu muka dan matanya menjadi merah, sementara di sebalik kulitnya membayangkan warna merah. 


marah tu kan amalan syaitan


bila kita marah,mesti ada cara kan nak mengawalnya...ambil skit tip ni ye..!!buat panduan.
  1. Mengucapkan:Aaudzu billahi minasy syaithoonir rajeem– Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
  2. Diam atau tidak berbicara.
  3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
  4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah

ni ada sikit pesanan,
Nabi SAW bersabda maksudnya :

"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk"
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

"Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam"
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

ni je yang saya boleh kongsi kan...kalau rajin bacalah hasil tangan saya yang tak seberapa ni.terima kasih daun keladi,nanti kalau rajin saya update lagi.


Monday, 20 June 2011

pandai jugak bergambar..

hai semua...
agak2 la kan,sape lah yang bergambar yea...hahaha nih haa dia...


my lovely cat,huhu...nih la dia yang suka bergambar tuh.haha.pandai taw dia pozing sebab macam taw2 je sya nak ambil gambar..huhu
ada lagi nih



haaa...tuh dia,pandai nih pozing,haha..nanti dah nak balik poli tak dapat lagi men2 gan dia..
nama dia chitod..hahaha
cam kelakar je kan nama dia..

Sunday, 19 June 2011

aku nih kecik lagi ke??

aku umur nak msok 19thun dah,tapi abg aku layan aku mcm bdak kecik je..aku stay lagi di konkong oleh abg aku...herm,tak kan lah smpai besar,aku dah nak kawin nanti abg aku nk kongkong aku lagi...


sampai bila lah aku cam ni,masih dikongkong dgn abg aku sendiri...
aku bkan buat apa,aku dah besar dan boleh fikir benda baik atau buruk,
tak apa lah,mungkin abg aku ada sebab dia buat mcm tu..
aku bukan mcm orang lain...

Abah..

selamat Hari Bapa,Abah..
My Abah:Azhar Bin Zakaria
ade org kdang2 panggil ayah,daddy,walit,papa dan lain2...tapi aku panggil org yg dah besarkan aku dgn kasih syg dan sentiasa doakan kejayaan aku ialah ABAH...terima kasih abah sebab selama ni membanting tulang membesarkan angah..aku cuma wish guna sms je..aku tak dpt nak bg apa2.satu2 nya abah yang paling angah sayang ialah abah.selamat hari bapa kpd semua bapa di dunia...hargai lah mereka selagi mereka ada di dunia.

amira azhar =)

new blogger =)